Wednesday, April 07, 2010

::PN.LIZA ORDER LAGI::


Syukur....kami dapat tempahan lagi. Dari Pn.Liza lagi kali ini. Blueberry + Choc Cheese Tart. Terima kasih banyak2 kepada Pn.Liza.

Friday, April 02, 2010

::TEMPAHAN SEMPENA HARI LAHIR::

 Choc-Cheese Tart yang bertulis "happy birthday to mama 53 year's old" ini adalah tempahan daripada Pn.Rara yang kini tinggal di Kuala Lumpur. Bak kata orang, jauh di mata tapi dekat di hati....jadi beliau telah menempah dengan kami supaya dapat dihadiahkan kepada ibu nya yang kini berada di Sandakan. Lega hati kami mendengar komen dari ibu nya yang amat berpuas hati dengan Cheese Tart kami ini. Terima kasih Pn.Rara!

::REPEAT ORDER LAGI ::

Ini "repeat order" dari Puan Liza yang baru-baru ini telah menempah choc-cheese tart. Kali ini, beliau mahu mencuba yang blueberry filling pula. Terima kasih ye Puan Liza, semoga berpuas hati.

::TEMPAHAN DARI PUAN ANNE::

Puan Anne menempah 2 kotak Cheese Tart kami. Beliau mahukan 2 perasa iaitu choc & blueberry. Terima kasih Puan Anne, nanti tempah lagi ye.

Wednesday, March 31, 2010

::TEMPAHAN DARI PN.LIZA::

Bermacam-macam corak...Ini Choc-Cheese Tart tempahan dari Pn.Liza. Anak-anak beliau yang teringin sangat mahu mencuba cheese tart kami. Jadi kami pelbagaikan corak sesuai untuk kanak-kanak. Kepada sesiapa yang ingin menempah untuk majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan dll , kami boleh membuat corak mengikut tema yang dikehendaki.

Tuesday, March 30, 2010

::TEMPAHAN DARI PUAN FATIMAH::

Hari ini kami menyiapkan 2 kotak (72 keping) Brownies yang ditempah oleh Puan Fatimah. Semoga Puan Fatimah berpuas hati. Untuk makluman, harga 1 kotak Brownies (36 keping) seperti gambar di atas ialah RM25. Pelanggan boleh juga memilih untuk setiap kepingan diletakkan di dalam paper cup dan harga nya ialah RM28.

Saturday, March 27, 2010

::BLUEBERRY CHEESE TART::

Kali ini kami mendapat repeat order dari Encik Suhaidi. Jika sebelum ini beliau menempah Choc Cheese Tart, kali ini beliau memilih Bluberry Cheese Tart pula. Terima kasih kepada En.Suhaidi sekeluarga, nanti order lagi ye! :)