Wednesday, January 20, 2010

::HANTARAN PERTUNANGAN::

Sekadar ingin berkongsi cerita, semalam kami menerima panggilan telefon yang ingin menempah Tart CR kami ini untuk dijadikan sebagai salah satu hantaran pertunangan. Ooops! Tart CR? Iye...Tart CantikRasa! Ok, berbalik pada cerita panggilan telefon tadi..Kami sangat berbesar hati ingin menerima tempahan tersebut, tapi apakan daya kami beroperasi di Sandakan & pemanggil tersebut dari Kuala Lumpur. Kepada yang berada di sekitar Sandakan, apalagi...jika inginkan hantaran yang agak lain dari kebiasaan, boleh lah tempah dengan kami!

Tuesday, January 19, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU SUHANA & EN.ZAINAL::

Hari ini kami menyiapkan pula tempahan Fruit Tart dari Cikgu Suhana & En. Zainal. Seperti yang diterangkan dalan entry pertama dulu, untuk Fruit Tart kami terpaksa menggunakan buah-buahan yang ada pada pasaran semasa. Ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Suhana & juga En.Zainal kerana mencuba Fruit Tart kami. Semoga murah rezeki dan boleh tempah lagi ye!

Thursday, January 14, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU JULIA::


Cikgu Julia dari Taman Mawar, Sandakan telah menempah Cheese Tart & Fruit Tart. Terima kasih Cikgu Julia atas sokongan yang diberikan. Kami amat mengalu-alukan komen/pendapat dari semua. Jika sedap, beritahu kawan-kawan. Jika tak sedap, beritahu kami :) .


Monday, January 11, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU FIZA::


Berjaya menyiapkan tempahan Fruit Tart dari Cikgu Fiza. Terima kasih & semoga berpuas hati dengan Fruit Tart kami.


Saturday, January 02, 2010

::CHEESETART::

CHEESETART

~pastry yang sangat lembut&sedap dimakan
~mempunyai pelbagai filling untuk dipilih...blueberry,kiwi,strawberry&choc filling
~size medium
~boleh request cara pembungkusan mengikut kehendak pelanggan ..(cnth:-untuk dijadikan hadiah,doorgift@hantaran) charge pembungkusan akan dikenakan
~harga 30pcs@RM18.00
~tempahan hendaklah dibuat 1minggu sebelum tarikh pick up (jika urgent boleh lah hubungi kami utk berbincang)
~tiada servis penghantaran....jika inginkan servis penghantaran bagi dalam Bandar Sandakan sahaja kami akan mengenakan charge penghantaran.

::FRUIT TART::

FRUIT TART


~pastry yang sangat lembut&sedap dimakan
~di sertakan buah-buahan segar (buah-buahan sentiasa berubah mengikut pasaran yg ada)
~size medium
~boleh request cara pembungkusan mengikut kehendak pelanggan ..(cnth:-untuk dijadikan hadiah,doorgift@hantaran) charge pembungkusan akan dikenakan
~harga 20pcs@RM28.00
~tempahan hendaklah dibuat 1minggu sebelum tarikh pick up (jika urgent boleh lah hubungi kami utk berbincang)
~tiada servis penghantaran....jika inginkan servis penghantaran bagi dalam Bandar Sandakan kami akan mengenakan charge penghantaran.

Friday, January 01, 2010

::LAUNCHING::

Bismillahirrahmanirrahim.....
Salam...
Alhamdulillah berkat kata sepakat&kerjasama... 2010 adalah pembuka tirai bagi business kami ini.
InsyaAllah kami akan sentiasa memperbaiki mana2 yg perlu di perbaiki & juga akan meningkat kan 'prestasi' bagi memuaskan hati customer kami...
Terima kasih juga buat family&rakan2 sekalian yg telah banyak memberi sokongan..
semoga kami sentiasa mendapat sokongan dari kalian semua...

Oleh itu kami telah membuat PROMOSI BULAN JANUARIini


FRUIT TART
20pcs @ RM 26.00 only


CHEESETART (blueberry@kiwi@strawberry@choc filling)
30pcs @ RM 16.00only