Thursday, December 30, 2010

::REZEKI LAGI::

Hari ini menyiapkan tempahan Cheese Tart. Puan Liza sekali lagi menempah dengan kami. :)

Friday, December 24, 2010

::MARBLE CHEESE BROWNIES UTK PN.LIZA::

Setelah terpaksa menjelajah beberapa buah kedai mencari cheese, akhirnya dapat jugak seketul. Tak sampai hati pula nak hampakan permintaan regular customer ini. Semalam baru publish, semalam jugak terima tempahan. Syukur.

Thursday, December 23, 2010

::MARBLE CHEESE BROWNIES::

Kalau sebelum ini, kami hanya menerima tempahan Chocolate Brownies, sempena tahun baru ini Marble Cheese Brownies pula diperkenalkan.

Amacam? ok tak? Kalau berminat, boleh la tempah sekarang!

Wednesday, December 22, 2010

::TEMPAHAN LAGI::
















Sekali lagi Cikgu Siti Hajar membuat tempahan Choc Cheese Tart. Tapi bukan untuk beliau, untuk rakan sekerjanya di sekolah. Terima kasih Cikgu ye, sebab sudi mempromosikan Cheese Tart ini. Allah saja yang dapat membalas jasa Cikgu.

Tuesday, December 21, 2010

::CHOC CHEESE TART.....again::

Syukur. Cikgu Julia sekali lagi menempah cheese tart dengan kami. tqvm Cikgu, nanti order lagi ye!

Monday, December 20, 2010

::2 TEMPAHAN::

Tempahan dari Cikgu Siti Hajar. Beliau mahukan 1 set tetapi mempunyai 2 filling, iaitu blueberry dan coklat. Boleh saja! Thanks ya Cikgu.














Ini pula repeat order dari Puan Nur. Seperti biasa, cheese tart with kiwi filling menjadi pilihan beliau. Tqvm!

Saturday, December 18, 2010

::CHOC CHEESE TART::


Haiii...
Lama betul tak dapat update blog ni. Blog saja yang sunyi, tapi kami tetap sibuk dengan order dari customer.

Kali ni, dengan penuh bersemangat, blog ini di update! Order kali ni diterima dari Ms.Asyiha. Thanks ya, nanti order lagi ya!

Saturday, July 03, 2010

::LAMA MENYEPI::

Hello semua!!
Lama betul kami tidak update blog ini kan? Ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Diam kami diam berisi. Walaupun diam dari blog tapi masih aktif menyiapkan tempahan yang diterima. Syukur.

Ini antara gambar2 tempahan yang kami siapkan.

Kiwi Cheese Tart, tempahan dari Pn.Nor...Terima kasih daun keladi, lain kali order lagi.


Brownies, tempahan dari Bengkel IT Institut Perindustrian Sandakan.


Brownies & Cheese Tart ini pula tempahan dari Bengkel PAM Institut Perindustrian Sandakan.

Wednesday, April 07, 2010

::PN.LIZA ORDER LAGI::


Syukur....kami dapat tempahan lagi. Dari Pn.Liza lagi kali ini. Blueberry + Choc Cheese Tart. Terima kasih banyak2 kepada Pn.Liza.

Friday, April 02, 2010

::TEMPAHAN SEMPENA HARI LAHIR::

 Choc-Cheese Tart yang bertulis "happy birthday to mama 53 year's old" ini adalah tempahan daripada Pn.Rara yang kini tinggal di Kuala Lumpur. Bak kata orang, jauh di mata tapi dekat di hati....jadi beliau telah menempah dengan kami supaya dapat dihadiahkan kepada ibu nya yang kini berada di Sandakan. Lega hati kami mendengar komen dari ibu nya yang amat berpuas hati dengan Cheese Tart kami ini. Terima kasih Pn.Rara!

::REPEAT ORDER LAGI ::

Ini "repeat order" dari Puan Liza yang baru-baru ini telah menempah choc-cheese tart. Kali ini, beliau mahu mencuba yang blueberry filling pula. Terima kasih ye Puan Liza, semoga berpuas hati.

::TEMPAHAN DARI PUAN ANNE::

Puan Anne menempah 2 kotak Cheese Tart kami. Beliau mahukan 2 perasa iaitu choc & blueberry. Terima kasih Puan Anne, nanti tempah lagi ye.

Wednesday, March 31, 2010

::TEMPAHAN DARI PN.LIZA::

Bermacam-macam corak...Ini Choc-Cheese Tart tempahan dari Pn.Liza. Anak-anak beliau yang teringin sangat mahu mencuba cheese tart kami. Jadi kami pelbagaikan corak sesuai untuk kanak-kanak. Kepada sesiapa yang ingin menempah untuk majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan dll , kami boleh membuat corak mengikut tema yang dikehendaki.

Tuesday, March 30, 2010

::TEMPAHAN DARI PUAN FATIMAH::

Hari ini kami menyiapkan 2 kotak (72 keping) Brownies yang ditempah oleh Puan Fatimah. Semoga Puan Fatimah berpuas hati. Untuk makluman, harga 1 kotak Brownies (36 keping) seperti gambar di atas ialah RM25. Pelanggan boleh juga memilih untuk setiap kepingan diletakkan di dalam paper cup dan harga nya ialah RM28.

Saturday, March 27, 2010

::BLUEBERRY CHEESE TART::

Kali ini kami mendapat repeat order dari Encik Suhaidi. Jika sebelum ini beliau menempah Choc Cheese Tart, kali ini beliau memilih Bluberry Cheese Tart pula. Terima kasih kepada En.Suhaidi sekeluarga, nanti order lagi ye! :)

Wednesday, March 10, 2010

::CHEESE TART WITH CHOC FILLING::


Hari ini kami menyiapkan tempahan dari Puan Mimie. Beliau menempah Cheese Tart With Choc Filling. Diharapkan semoga Puan Mimie berpuas hati dengan tart kami. Terima kasih diucapkan kerana sudi menempah dengan kami. Jika ada komen, kami sedia menerima dengan hati terbuka :) .

Monday, February 01, 2010

::BROWNIES::

 

Kami juga bersedia untuk menerima tempahan brownies...
 HANYA DENGAN HARGA
RM25

Wednesday, January 20, 2010

::HANTARAN PERTUNANGAN::

Sekadar ingin berkongsi cerita, semalam kami menerima panggilan telefon yang ingin menempah Tart CR kami ini untuk dijadikan sebagai salah satu hantaran pertunangan. Ooops! Tart CR? Iye...Tart CantikRasa! Ok, berbalik pada cerita panggilan telefon tadi..Kami sangat berbesar hati ingin menerima tempahan tersebut, tapi apakan daya kami beroperasi di Sandakan & pemanggil tersebut dari Kuala Lumpur. Kepada yang berada di sekitar Sandakan, apalagi...jika inginkan hantaran yang agak lain dari kebiasaan, boleh lah tempah dengan kami!

Tuesday, January 19, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU SUHANA & EN.ZAINAL::

Hari ini kami menyiapkan pula tempahan Fruit Tart dari Cikgu Suhana & En. Zainal. Seperti yang diterangkan dalan entry pertama dulu, untuk Fruit Tart kami terpaksa menggunakan buah-buahan yang ada pada pasaran semasa. Ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Suhana & juga En.Zainal kerana mencuba Fruit Tart kami. Semoga murah rezeki dan boleh tempah lagi ye!

Thursday, January 14, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU JULIA::


Cikgu Julia dari Taman Mawar, Sandakan telah menempah Cheese Tart & Fruit Tart. Terima kasih Cikgu Julia atas sokongan yang diberikan. Kami amat mengalu-alukan komen/pendapat dari semua. Jika sedap, beritahu kawan-kawan. Jika tak sedap, beritahu kami :) .


Monday, January 11, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU FIZA::


Berjaya menyiapkan tempahan Fruit Tart dari Cikgu Fiza. Terima kasih & semoga berpuas hati dengan Fruit Tart kami.


Saturday, January 02, 2010

::CHEESETART::

CHEESETART

~pastry yang sangat lembut&sedap dimakan
~mempunyai pelbagai filling untuk dipilih...blueberry,kiwi,strawberry&choc filling
~size medium
~boleh request cara pembungkusan mengikut kehendak pelanggan ..(cnth:-untuk dijadikan hadiah,doorgift@hantaran) charge pembungkusan akan dikenakan
~harga 30pcs@RM18.00
~tempahan hendaklah dibuat 1minggu sebelum tarikh pick up (jika urgent boleh lah hubungi kami utk berbincang)
~tiada servis penghantaran....jika inginkan servis penghantaran bagi dalam Bandar Sandakan sahaja kami akan mengenakan charge penghantaran.

::FRUIT TART::

FRUIT TART


~pastry yang sangat lembut&sedap dimakan
~di sertakan buah-buahan segar (buah-buahan sentiasa berubah mengikut pasaran yg ada)
~size medium
~boleh request cara pembungkusan mengikut kehendak pelanggan ..(cnth:-untuk dijadikan hadiah,doorgift@hantaran) charge pembungkusan akan dikenakan
~harga 20pcs@RM28.00
~tempahan hendaklah dibuat 1minggu sebelum tarikh pick up (jika urgent boleh lah hubungi kami utk berbincang)
~tiada servis penghantaran....jika inginkan servis penghantaran bagi dalam Bandar Sandakan kami akan mengenakan charge penghantaran.

Friday, January 01, 2010

::LAUNCHING::

Bismillahirrahmanirrahim.....
Salam...
Alhamdulillah berkat kata sepakat&kerjasama... 2010 adalah pembuka tirai bagi business kami ini.
InsyaAllah kami akan sentiasa memperbaiki mana2 yg perlu di perbaiki & juga akan meningkat kan 'prestasi' bagi memuaskan hati customer kami...
Terima kasih juga buat family&rakan2 sekalian yg telah banyak memberi sokongan..
semoga kami sentiasa mendapat sokongan dari kalian semua...

Oleh itu kami telah membuat PROMOSI BULAN JANUARIini


FRUIT TART
20pcs @ RM 26.00 only


CHEESETART (blueberry@kiwi@strawberry@choc filling)
30pcs @ RM 16.00only