Wednesday, March 31, 2010

::TEMPAHAN DARI PN.LIZA::

Bermacam-macam corak...Ini Choc-Cheese Tart tempahan dari Pn.Liza. Anak-anak beliau yang teringin sangat mahu mencuba cheese tart kami. Jadi kami pelbagaikan corak sesuai untuk kanak-kanak. Kepada sesiapa yang ingin menempah untuk majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan dll , kami boleh membuat corak mengikut tema yang dikehendaki.

Tuesday, March 30, 2010

::TEMPAHAN DARI PUAN FATIMAH::

Hari ini kami menyiapkan 2 kotak (72 keping) Brownies yang ditempah oleh Puan Fatimah. Semoga Puan Fatimah berpuas hati. Untuk makluman, harga 1 kotak Brownies (36 keping) seperti gambar di atas ialah RM25. Pelanggan boleh juga memilih untuk setiap kepingan diletakkan di dalam paper cup dan harga nya ialah RM28.

Saturday, March 27, 2010

::BLUEBERRY CHEESE TART::

Kali ini kami mendapat repeat order dari Encik Suhaidi. Jika sebelum ini beliau menempah Choc Cheese Tart, kali ini beliau memilih Bluberry Cheese Tart pula. Terima kasih kepada En.Suhaidi sekeluarga, nanti order lagi ye! :)

Wednesday, March 10, 2010

::CHEESE TART WITH CHOC FILLING::


Hari ini kami menyiapkan tempahan dari Puan Mimie. Beliau menempah Cheese Tart With Choc Filling. Diharapkan semoga Puan Mimie berpuas hati dengan tart kami. Terima kasih diucapkan kerana sudi menempah dengan kami. Jika ada komen, kami sedia menerima dengan hati terbuka :) .

Monday, February 01, 2010

::BROWNIES::

 

Kami juga bersedia untuk menerima tempahan brownies...
 HANYA DENGAN HARGA
RM25

Wednesday, January 20, 2010

::HANTARAN PERTUNANGAN::

Sekadar ingin berkongsi cerita, semalam kami menerima panggilan telefon yang ingin menempah Tart CR kami ini untuk dijadikan sebagai salah satu hantaran pertunangan. Ooops! Tart CR? Iye...Tart CantikRasa! Ok, berbalik pada cerita panggilan telefon tadi..Kami sangat berbesar hati ingin menerima tempahan tersebut, tapi apakan daya kami beroperasi di Sandakan & pemanggil tersebut dari Kuala Lumpur. Kepada yang berada di sekitar Sandakan, apalagi...jika inginkan hantaran yang agak lain dari kebiasaan, boleh lah tempah dengan kami!

Tuesday, January 19, 2010

::TEMPAHAN DARI CIKGU SUHANA & EN.ZAINAL::

Hari ini kami menyiapkan pula tempahan Fruit Tart dari Cikgu Suhana & En. Zainal. Seperti yang diterangkan dalan entry pertama dulu, untuk Fruit Tart kami terpaksa menggunakan buah-buahan yang ada pada pasaran semasa. Ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Suhana & juga En.Zainal kerana mencuba Fruit Tart kami. Semoga murah rezeki dan boleh tempah lagi ye!