Friday, April 02, 2010

::REPEAT ORDER LAGI ::

Ini "repeat order" dari Puan Liza yang baru-baru ini telah menempah choc-cheese tart. Kali ini, beliau mahu mencuba yang blueberry filling pula. Terima kasih ye Puan Liza, semoga berpuas hati.

::TEMPAHAN DARI PUAN ANNE::

Puan Anne menempah 2 kotak Cheese Tart kami. Beliau mahukan 2 perasa iaitu choc & blueberry. Terima kasih Puan Anne, nanti tempah lagi ye.

Wednesday, March 31, 2010

::TEMPAHAN DARI PN.LIZA::

Bermacam-macam corak...Ini Choc-Cheese Tart tempahan dari Pn.Liza. Anak-anak beliau yang teringin sangat mahu mencuba cheese tart kami. Jadi kami pelbagaikan corak sesuai untuk kanak-kanak. Kepada sesiapa yang ingin menempah untuk majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan dll , kami boleh membuat corak mengikut tema yang dikehendaki.

Tuesday, March 30, 2010

::TEMPAHAN DARI PUAN FATIMAH::

Hari ini kami menyiapkan 2 kotak (72 keping) Brownies yang ditempah oleh Puan Fatimah. Semoga Puan Fatimah berpuas hati. Untuk makluman, harga 1 kotak Brownies (36 keping) seperti gambar di atas ialah RM25. Pelanggan boleh juga memilih untuk setiap kepingan diletakkan di dalam paper cup dan harga nya ialah RM28.

Saturday, March 27, 2010

::BLUEBERRY CHEESE TART::

Kali ini kami mendapat repeat order dari Encik Suhaidi. Jika sebelum ini beliau menempah Choc Cheese Tart, kali ini beliau memilih Bluberry Cheese Tart pula. Terima kasih kepada En.Suhaidi sekeluarga, nanti order lagi ye! :)

Wednesday, March 10, 2010

::CHEESE TART WITH CHOC FILLING::


Hari ini kami menyiapkan tempahan dari Puan Mimie. Beliau menempah Cheese Tart With Choc Filling. Diharapkan semoga Puan Mimie berpuas hati dengan tart kami. Terima kasih diucapkan kerana sudi menempah dengan kami. Jika ada komen, kami sedia menerima dengan hati terbuka :) .

Monday, February 01, 2010

::BROWNIES::

 

Kami juga bersedia untuk menerima tempahan brownies...
 HANYA DENGAN HARGA
RM25